
NUVAKOT, 3 September – Penduduk kampung di Nepal menggunakan sistem kabel untuk menyeberangi Sungai Trishuli selepas beberapa jambatan musnah akibat banjir kilat.
Sistem itu digunakan bagi membolehkan penduduk menuju ke kawasan yang terputus hubungan serta memeriksa keadaan kediaman masing-masing.
Sementara itu, pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari puluhan pekerja yang dipercayai terperangkap dalam terowong jana kuasa hidroelektrik di kawasan pergunungan.
Banjir besar yang dipercayai berpunca daripada runtuhan glasier berhampiran sempadan Nepal-China itu mengorbankan sekurang-kurangnya 1,114 orang, manakala hampir 4,000 lagi dilaporkan hilang.
– REUTERS
