OGSE perlu manfaatkan ketidaktentuan global sebagai peluang – Akmal

KUALA LUMPUR, 3 September – Peneraju industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) tempatan digesa memanfaatkan ketidaktentuan geopolitik global untuk memperluas pasaran dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri tenaga antarabangsa.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, konflik di Asia Barat membuktikan perkembangan geopolitik di sesebuah rantau boleh memberi kesan besar kepada ekonomi dan industri global.

Justeru, Malaysia perlu terus diposisikan sebagai destinasi yang stabil, manakala syarikat OGSE tempatan perlu meningkatkan keupayaan serta menawarkan penyelesaian bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata, syarikat tempatan juga tidak boleh terlalu selesa dengan kekuatan sedia ada, sebaliknya perlu meneroka pasaran baharu bagi memastikan industri OGSE terus berkembang.

Pengembangan ke pasaran global turut membuka peluang kepada pembangunan modal insan melalui peningkatan kemahiran dan pendedahan kepada standard industri antarabangsa.

OGA 2026 yang berlangsung pada 2 hingga 4 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menghimpunkan pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi meneroka peluang projek, akses pasaran, pelaburan dan jaringan perniagaan rentas sempadan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *