Syria musnahkan baki senjata kimia era Assad

NEW YORK, 4 September – Syria memulakan operasi memusnahkan sisa program senjata kimia peninggalan pemerintahan bekas Presiden Bashar al-Assad, yang ditemukan pada Mei lalu.

Wakil Tinggi PBB bagi Hal Ehwal Pelucutan Senjata, Izumi Nakamitsu berkata, Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons (OPCW) mengesahkan pemusnahan senjata kimia Syria buat kali pertama sejak 2014.

Hasil pemeriksaan pada Ogos mendapati 42 bom udara kategori tiga telah dimusnahkan secara kekal, selaras dengan pengisytiharan terkini Syria.

Kerajaan baharu Syria sebelum ini turut menemukan bahan mentah, peluru dan dua kemudahan penyimpanan berkaitan program senjata kimia era Assad.

Duta Syria ke PBB, Ibrahim Olabi berkata operasi itu penting bagi memastikan senjata berkenaan tidak jatuh ke tangan pihak yang salah serta melindungi keselamatan Syria dan rantau sekitarnya.

Beliau bagaimanapun mendakwa serangan berterusan Israel menjejaskan usaha mencari dan memusnahkan baki senjata kimia serta meningkatkan risiko keselamatan pasukan terlibat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *