
KATHMANDU, 9 September – Angka korban banjir lumpur di utara Nepal meningkat kepada 1,367 orang, manakala 5,132 lagi masih hilang selepas bencana pada 26 Ogos lalu.
Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal (NDRRMA) berkata, seramai 13,646 mangsa telah diselamatkan, dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Bencana berlaku selepas runtuhan ais dan batu dari glasier mencetuskan gelombang air besar yang melanda kawasan berhampiran sempadan China, memusnahkan kediaman serta infrastruktur.
Di Tibet, sekurang-kurangnya 43 orang maut dan kira-kira 550 masih hilang, manakala tiga kematian turut dilaporkan di India.
– REUTERS
