
CORON, Filipina, 11 September – Sekurang-kurangnya 35 orang maut selepas feri M/V June Aster terbakar di perairan Palawan, Filipina.
Pengawal Pantai Filipina (PCG) menemukan 30 mayat di dalam feri yang musnah akibat kebakaran. Mayat berkenaan dijangka dibawa ke Pelabuhan Borac, Coron.
Seramai 30 penumpang dan 13 anak kapal berjaya diselamatkan, manakala 54 orang masih hilang.
PCG berkata kebakaran dipercayai bermula di ruang kargo sebelum merebak dengan pantas ke seluruh kapal selepas satu letupan kuat.
Feri berkenaan membawa 134 penumpang dan kru, selain kenderaan serta pelbagai barangan. Pemilik feri, Atienza Interisland Ferries Inc, memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi siasatan tragedi itu.
