CADANGAN TAMBAH KERUSI PARLIMEN: SPR AKAN KAJI SEMULA PERSEMPADANAN

KUALA LUMPUR, 13 September 2026 — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengambil maklum cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.

Cadangan itu dinyatakan Perdana Menteri, Datok Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) pada 11 September 2026.

Menurut SPR, penambahan kerusi Parlimen kelak turut mengambil kira Bahagian Pilihan Raya Tanah Melayu, dengan prinsip bahawa nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak turut ditingkatkan daripada kedudukan semasa.

Dalam konteks persempadanan bahagian pilihan raya di ketiga-tiga unit kajian berkenaan, SPR akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya, tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan.

SPR berkata pihaknya akan memberikan penjelasan lanjut apabila terdapat keputusan rasmi serta perkembangan yang membolehkan perkara berkenaan dimaklumkan kepada umum.

Kenyataan Media Bil. 41/2026 itu dikeluarkan oleh Pengerusi SPR, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun, bertarikh 13 September 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *