JENAZAH DR AINUL BARA’AH, KAPTEN ZAINOL DISOLATKAN, DIHANTAR PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

MIRI, 13 September – Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham dan Allahyarhamah Dr Ainul Baraah Kamuddin disolatkan selepas solat Subuh di Masjid Jamal Addin, Taman Jelita, Miri, pagi ini.

Solat jenazah diimamkan Penolong Imam Bahagian Miri, Ustaz Mohamad Ardy Putera Zainudin dan disertai kira-kira 300 jemaah.

Selepas penghormatan terakhir, kedua-dua jenazah dibawa ke Kargo Lapangan Terbang Miri untuk dihantar ke kampung halaman masing-masing.

Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka diterbangkan menggunakan pesawat TUDM pada pukul 8 pagi, manakala jenazah Kapten Zainol menggunakan penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 12.10 tengah hari.

Jasad mendiang Jururawat Debra Moset pula dijangka diterbangkan ke Kuching pada pukul 9 pagi, dengan penerbangan diuruskan Layang-Layang Aerospace.

Sementara itu, jasad mendiang Jururawat Jessie Paya Jok dan Penolong Pegawai Perubatan Alexson Adit Anak Henry Empurai akan dituntut keluarga masing-masing di Miri untuk menerima penghormatan terakhir sebelum dikebumikan esok di Tanah Perkuburan BEM Lambir dan Tanah Perkuburan Anglican Lambir.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *