



NEW DELHI, 13 September 2026 — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri pembukaan rasmi Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di Bharat Mandapam, New Delhi, India.
Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, sebelum kedua-dua pemimpin bersama-sama mengikuti ucapan daripada para pimpinan BRICS.
Kehadiran PMX di sidang kemuncak berkenaan menjadi antara penglibatan penting Malaysia di pentas antarabangsa, selain membuka ruang untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan negara-negara anggota BRICS.
Sidang kemuncak tersebut menghimpunkan para pemimpin negara anggota BRICS bagi membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama serta hala tuju kerjasama di peringkat antarabangsa.
