KDN mahu muktamad kadar baharu elaun RELA, umum elaun RELASIS

PUTRAJAYA, 14 September – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu memuktamadkan kadar baharu elaun anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam tempoh terdekat, susulan kadar semasa RM8 sejam yang dianggap tidak lagi munasabah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rundingan dengan Kementerian Kewangan akan diteruskan bagi membolehkan kadar baharu itu dilaksanakan seawal tahun kewangan terdekat.

Pada kadar semasa, anggota RELA yang bertugas lapan jam sehari selama 24 hari hanya menerima kira-kira RM1,536 sebulan, lebih rendah daripada gaji minimum RM1,700.

Beliau turut mengumumkan pemberian elaun kepada anggota RELASIS di universiti, yang akan dilaksanakan melalui penyelarasan peruntukan sedia ada tanpa memerlukan peruntukan tambahan atau keputusan Jemaah Menteri.

Ketika ini, terdapat kira-kira 135,000 hingga 140,000 anggota RELA di seluruh negara, dengan sekitar 35,000 hingga 40,000 terlibat dalam pelbagai penugasan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *