Harga minyak mentah dunia jatuh hari keempat berturut-turut

NEW YORK, 22 September – Harga minyak mentah dunia terus merosot untuk hari keempat berturut-turut susulan kebimbangan terhadap gangguan bekalan di Asia Barat semakin reda.

WTI bagi penghantaran Oktober turun US$4.52 kepada US$95.78 setong, manakala Brent bagi penghantaran November susut US$3.53 kepada US$100.34 setong.

Kedua-dua penanda aras itu ditutup pada paras terendah sejak 9 September.

Penurunan didorong peningkatan aliran minyak melalui Selat Hormuz serta harapan terhadap perkembangan diplomatik antara Amerika Syarikat dan Iran.

Pada masa sama, saluran paip East-West Arab Saudi dijangka beroperasi semula secara berperingkat, menyediakan laluan alternatif untuk penghantaran minyak tanpa melalui Selat Hormuz.

Bagaimanapun, ketidaktentuan keselamatan di Asia Barat masih menjadi risiko kepada pasaran minyak. – REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *