F1 GP Gulf Air Bahrain 2026: Motosikal awam dilarang masuk SIC

SEPANG, 1 Oktober – Motosikal milik pengunjung tidak dibenarkan memasuki kawasan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sepanjang penganjuran F1 GP Gulf Air Bahrain 2026 yang berlangsung esok hingga Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, larangan itu merupakan sebahagian pelan pengurusan trafik baharu bersama PDRM bagi mengurangkan kesesakan dan melancarkan pergerakan pengunjung.

Hanya kenderaan yang mempunyai pas atau pelekat parkir sah dibenarkan memasuki kawasan litar. Pengunjung tanpa pas parkir disaran menggunakan pengangkutan awam, e-hailing atau bas perantara percuma.

Sebanyak 115 bas perantara percuma disediakan dari empat lokasi, iaitu KLIA Terminal 2, Tempat Letak Kereta Jangka Panjang KLIA, Mitsui Outlet Park dan Bandar Enstek. Selain itu, 30 bas ulang-alik percuma akan beroperasi dalam kawasan litar dari 7 pagi hingga 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP M Ravi berkata, lapan lokasi pemeriksaan akan digunakan bagi menyaring dan mengawal aliran trafik ke SIC.

Seramai 700 pegawai dan anggota PDRM Selangor turut ditugaskan bagi kawalan trafik dan rondaan sepanjang acara. Pengunjung yang tidak mempunyai tiket atau pelekat parkir akan dilencongkan ke laluan lain.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *