Harimau Malaya Belasah Singapura 6-0, Namun Gagal Ke Final

Malaysia menutup kempen Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 dengan kemenangan besar 6-0 ke atas Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.

Bergson da Silva menjadi wira dengan hatrik pada minit ke-8, 62 dan 90+5. Stuart Wilkin, Paulo Josue dan Syahir Bashah turut mencetak gol untuk melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Malaya.

Namun, kemenangan itu belum cukup untuk membawa Malaysia ke pentas akhir. Indonesia turut menang besar 9-2 ke atas Bangladesh dan mengumpul tujuh mata, tetapi unggul menerusi perbezaan jaringan.

Malaysia dijangka berdepan Vietnam dalam penentuan tempat ketiga dan keempat.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *