Rampasan 521kg Methamphetamine: Warga Malaysia Antara 13 Ditahan di Laos

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Seorang warganegara Malaysia antara 13 individu ditahan pihak berkuasa Laos selepas 521 kilogram methamphetamine kristal ditemukan dalam sebuah jet peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.

Pesawat Learjet itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, menuju ke Laos. Namun, warganegara Malaysia yang ditahan tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Pemeriksaan menemukan 23 bagasi, dengan 21 daripadanya mengandungi dadah. Kesemua 13 individu, termasuk kru penerbangan dan kakitangan lapangan terbang, ditahan bagi membantu siasatan.

PDRM kini menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Laos dan masih menyiasat kemungkinan kaitan kes itu dengan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia sebelum ini.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *