
STOCKHOLM, 7 Oktober – Polis Sweden menembak seorang lelaki bersenjata selepas dia dilaporkan mengganggu ketenteraman awam berhampiran Istana Diraja di Stockholm pada Selasa.
Lelaki itu cedera parah dan dikejarkan ke hospital, namun keadaannya dilaporkan tidak mengancam nyawa.
Menurut polis, lelaki berkenaan dilaporkan menghampiri pengawal istana sambil membawa pisau dan meminta supaya dirinya ditembak.
Polis masih menjalankan siasatan, namun menegaskan tiada ancaman terhadap keselamatan orang awam.
