
Dewan Rakyat meluluskan RUU Pembangunan Sukan (Pindaan) 2026 dengan suara majoriti selepas dibahaskan 31 Ahli Parlimen.
Pindaan ini bertujuan memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan penguatkuasaan dalam pembangunan sukan, termasuk:
- Memperkasa kuasa Pesuruhjaya Sukan terhadap badan sukan berdaftar
- Memperkemas pengurusan harta badan sukan yang dibatalkan pendaftaran
- Memperkukuh peruntukan anti-doping dan sukan selamat
- Memantapkan mekanisme penguatkuasaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576)
- Menetapkan fi bagi pemeriksaan dokumen dan carian maklumat
Intinya: Pindaan ini memperkukuh kerangka perundangan sukan agar lebih moden, telus dan berakauntabiliti serta melindungi kepentingan awam.
