
CYBERJAYA, 22 Oktober 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai termasuk pengamal media supaya
tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan rakaman video insiden
melibatkan senjata berbahaya di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak.
Penyebaran rakaman yang memaparkan unsur keganasan, khususnya
melibatkan kanak-kanak, boleh menjejaskan privasi, maruah dan kesejahteraan
emosi pihak terlibat serta keluarga mereka.
MCMC menegaskan bahawa tindakan mendedahkan identiti kanak-kanak boleh
melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
Penyebaran
kandungan sedemikian juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], sekiranya melanggar
peruntukan undang-undang berkenaan.
MCMC sedang bekerjasama dengan penyedia platform media sosial untuk
menangani penyebaran rakaman berkenaan, termasuk mengambil langkah
menurunkan kandungan berkaitan.
Individu yang telah memuat naik atau berkongsi rakaman tersebut hendaklah
segera memadamkannya.
Orang ramai juga diingatkan supaya tidak
menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi melindungi privasi kanak-
kanak dan mengelakkan gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa.
KOMUNIKASI KORPORAT MCMC
