NILAI RAMPASAN MENINGKAT 43.63% PENGUATKUASAAN BERSEPADU MEMBANTERAS PENGEDARAN DADAH

Nilai rampasan dadah dan racun oleh JSJN bagi Januari hingga September 2026 mencecah RM2.85 bilion, berbanding RM1.98 bilion bagi tempoh sama tahun 2025. Menurut kenyataan media JSJN, peningkatan tersebut berjumlah RM865.45 juta atau 43.63%.

“Penguatkuasaan berasaskan risikan dan kerjasama bersepadu perlu terus diperkukuh untuk memutuskan rangkaian pengedaran dadah.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Sepanjang tempoh tersebut, JSJN merekodkan rampasan 36,612.72 kilogram dadah dan 30,580.19 liter dadah berbentuk cecair. Rampasan bahan di bawah Akta Racun pula melibatkan 45,382.70 kilogram dan 106,092.56 liter.

Pendekatan proaktif dan berasaskan risikan terus menjadi tumpuan bagi mengesan kegiatan sindiket, mengekang penyeludupan serta menangani eksploitasi teknologi untuk aktiviti jenayah dadah.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM, 21 Oktober 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *