RM2.85 BILION RAMPASAN DADAH DAN RACUN PENGUATKUASAAN DIPERGIAT, GENERASI DILINDUNGI

23 Oktober 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi PDRM dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terus mempergiat usaha membanteras pengedaran serta penyalahgunaan dadah. Bagi Januari hingga September 2026, sebanyak 167,601 kes dan 186,257 tangkapan direkodkan di seluruh negara, dengan nilai rampasan dadah dan racun berjumlah RM2.85 bilion.

“Usaha membanteras dadah mesti diperkukuh demi keselamatan rakyat dan masa depan generasi negara.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Nilai rampasan tersebut meningkat 43.63% berbanding tempoh sama tahun 2025. Operasi penguatkuasaan, tindakan risikan dan kerjasama strategik terus diperkukuh bagi memutuskan rangkaian bekalan, mengekang penyeludupan serta membanteras kegiatan sindiket.

Bersama membanteras dadah, melindungi generasi. Maklumat berkaitan kegiatan dadah boleh disalurkan melalui Hotline JSJN: 012 208 7222.

Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM, 21 Oktober 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *