AKPS rampas RM322.74 juta, empat kali ganda berbanding tahun lalu

SEPANG, 26 Oktober – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merekodkan nilai rampasan RM322.74 juta sehingga Oktober tahun ini, meningkat empat kali ganda berbanding tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pencapaian itu membuktikan keberkesanan AKPS membanteras ketirisan hasil negara meskipun masih beroperasi dengan kekuatan awal.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr Awang Alik Jeman, pada sambutan ulang tahun kedua AKPS di Sepang.

Dalam perkembangan berkaitan, AKPS akan menerajui tiga langkah keselamatan pintu masuk negara, iaitu saringan berasaskan risiko, pengukuhan unit anjing pengesan K9 dan penyelarasan risikan antara agensi.

AKPS turut menyelaraskan operasi bersepadu Op Sundang bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), PERHILITAN dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memperkukuh kawalan sempadan serta membanteras penyeludupan.

Majlis itu turut menyaksikan pelancaran logo baharu dan hologram AKPS serta Pelan Strategik AKPS 2026–2030.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *