





Petikan FB Anwar Ibrahim
6 FEB. 2025
Dalam kerangka Kunjungan Rasmi, saya telah meraikan Tamu Kenegaraan Presiden Uzbekistan Шавкат Мирзиёев – Shavkat Mirziyoyev untuk jamuan makan malam di Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai acara penutup.
Kunjungan ini ternyata memperkukuhkan hubungan akrab kedua-dua negara di pelbagai bidang. Saya yakin ia mampu memberi manfaat semaksima yang mungkin kepada kedudukan negara selain kepada rakyat terbanyak.
Insya-Allah, hubungan Malaysia-Uzbekistan akan terus erat dan diperhebat sebaiknya. – JM
