



Petikan FB Dr Wan Azizah Wan Ismail
7 FEB 2025
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Program Pemerkasaan “Women Law Enforcement – Beauty, Strength and Excellence” MADANI 2025.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, bertempat di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan DBKL, Cheras, Kuala Lumpur.
Ia anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
MEMPERKUKUHKQN KERJASAMA STRATEGIK
Program ini adalah bertujuan bagi memperkukuhkan kerjasama strategik antara pegawai penguat kuasa wanita serta meningkatkan keberkesanan usaha pencegahan jenayah dalam kalangan mereka.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM,
Datuk Wan Hassan Wan Ahmad; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW).
Datuk Aida Abd Hamid.
“Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA,” kata Dr Wan Azizah. – JM
