






Petikan FB Anwar Ibrahim
Dalam sela-sela tugasan rasmi pada hari Jumaat penuh berkat ini, saya menyertai ribuan jemaah untuk khutbah dan menunaikan solat di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati, Ampang.
Khutbah bertajuk “Memperkasa Wakaf, Membangun Ummah” sangat bertepatan dalam memberikan nasihat dan teguran kepada kita semua terkait keperluan memajukan serta menyemarakkan wakaf demi kesenangan ummah yang boleh diperluas ke aspek kebajikan, pendidikan dan sebagainya.
Usai, saya kemudian beramah mesra dan menjamu selera di Medan Selera Anjung, Taman Melawati dalam suasana santai serta penuh harmoni sebelum ke tugasan rasmi seterusnya. – JM
