PMX berbesar hati Sultan Nazrin anugerah Ijazah Kehormat kepada Presiden Turkiye

10 FEB 2025

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Canselor Universiti Malaya (UM) hari ini berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa berbesar hati menerusi
perkongsiam dalam FB di atas penganugerahan Sultan Nazrin kepada sahabatnya, Erdogan.

Anwar menyifatkan penganugerahan ini cukup bermakna dan melambangkan penghormatan Malaysia terhadap peranan dan kepemimpinan hebat Presiden Erdogan di pentas antarabangsa, terutamanya membabitkan dunia Islam.

DALAM MEMPERJUANGKAN KEADILAN

Perdana Menteri yakin keberanian dan ketegasan Presiden Erdogan dalam memperjuangkan keadilan buat Palestin wajar diteladani pimpinan Islam dan dunia.

Juga dengan keupayaan beliau memimpin penstrukturan semula dan kebangkitan ekonomi Turkiye.

“Semoga penganugerahan ini juga menjadi simbol persahabatan erat yang berkekalan antara Malaysia dan Turkiye,” katanya.

AMAT BERBESAR HATI

Sementara itu dalam petikan ucapannya Erdogan berkata beliau amat berbesar hati menerima anugerah berprestij yang berfungsi sebagai pemangkin untuk menggalakkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Turkiye.

“Saya menerima anugerah ini sebagai cerminan penghormatan yang ditunjukkan kepada saya, negara saya dan rakyat saya,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *