PMX, isteri sambut ketibaan Presiden Turkiye, isteri

Petikan FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri
10 FEB. 2025

Bersama Azizah menyambut ketibaan sahabat baik saya, Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan dan isteri, Emine Erdoğan serta delegasi di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pastinya lawatan Presiden Erdoğan ini akan mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan Republik Türkiye selain mengukuhkan dunia Islam.

Saya percaya menerusi siri perbincangan yang akan berlangsung bersama Presiden Erdoğan esok akan membawa hasil yang terbaik buat rakyat dan negara, Insya-Allah.

Selamat datang ke Malaysia! – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *