PMX terima kunjung hormat Pegawai Komersial Arm Limited

Oleh: Sholina Osman
10 FEB. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited, Will Abbey.

Hadir sama Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Perdana Menteri menerusi perkongsian di FB memaklumkan bahawa Arm Limited ialah sebuah syarikat peneraju dunia dalam teknologi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) yang berpangkalan di United Kingdom dan memberi fokus kepada pembinaan masa depan pengkomputeran.

PERANAN SEBAGAI ARKITEK

Ini termasuk peranan sebagai arkitek, membangun dan melesenkan penyelesaian hak harta intelek (IP) yang berprestasi tinggi, kos rendah dan cekap tenaga.

“Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai arah tuju teknologi pengkomputeran agar Malaysia boleh mengukuhkan kedudukan dalam menjadi hub terutamanya terkait ekosistem semikonduktor dan pusat data,” ujarnya.

Pertemuan ini menjadi satu lagi bukti bahawa melalui dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional dan lain-lain kelebihan, Malaysia berterusan menjadi tumpuan pelabur-pelabur luar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *