






11 FEB. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meraikan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan isteri, Emine Erdogan dalam majlis makan santai dan penuh harmoni di Menara Berkembar Petronas (KLCC).
“Ruang ini untuk kami gunakan untuk bertukar pandangan mengenai sinergi baharu dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara,” kata Perdana Menteri menerusi perkongsian dalam FB.
MENINJAU KAWASAN SEKITAR
Kata Anwar, mereka sempat meninjau kawasan sekitar sebelum pulang berehat bagi mempersiapkan diri bagi program-program rasmi yang telah disusun atur keesokkannya.
Presiden Turkiye dan isteri dalam rangka lawatan rasmi selama
dua hari ke Malaysia. – JM
