Selamat datang ke Malaysia Perdana Menteri Turkiye, isteri – PMX

Petikan FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri

11 FEB. 2025

Hari ini Malaysia menyambut kunjungan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yakni tidak hanya sebagai sahabat karib saya, malah sebagai seorang negarawan yang mencorak masa depan negaranya dengan impak yang tidak kecil kepada dunia.

Selama lebih dua dasawarsa, Presiden Erdogan telah melonjakkan Turkiye ke era transformasi yang sangat luar biasa.

Hari ini Turkiye bukan sekadar bertindak balas terhadap perubahan tata dunia, tetapi turut sama membentuk dan mengaturnya.

SEKADAR MENJADI PEMERHATI

Negara Turkiye tidak lagi sekadar menjadi pemerhati dalam percaturan geopolitik global tapi turut muncul dan bangkit sebagai antara adikuasa yang dihormati dan digeruni, tidak hanya di rantau Asia Barat, tapi di dunia juga.

Dalam ucapan aluan di Majlis Syarahan Umum Presiden Turkiye lewat tengah hari tadi, saya mengetengahkan hakikat ini selain mengalu-alukan kunjungan Presiden Erdogon ke Malaysia.

Kunjungan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam melonjak hubungan akrab kedua-dua negara di pelbagai lapangan, selain memperkukuh semangat persahabatan kedua-dua rakyat Malaysia dan Turkiye.

Selamat datang ke Malaysia, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan isteri Emine Erdogan! – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *