



Oleh: Sholina Osman
14 FEB. 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (МСМС) telah melaksanakan pemantauan proaktif bagi memastikan persekitaran internet di negara ini bebas daripada kandungan dalam talian yang melanggar undang-undang, termasuk perjudian dalam talian (online).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, dari tahun 2022 hingga 1 Februari 2025, sebanyak 5,026 laman sesawang judi telah disekat dengan kerjasama penyedia perkhidmatan Internet, manakala 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial telah diturunkan.
Jelas beliau bagi memastikan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna, MCMC telah mewajibkan setiap perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta 588 bermula 1 Januari 2025,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
LANGKAH-LANGKAH TERKINI
Beliau menjelaskan pertanyaan lisan Kapten Azahari Hasan (Bersatu-Padang Rengas) meminta Menteri Komunikasi menyatakan langkah-langkah terkini yang diambil oleh Kementerian untuk membanteras aktiviti judi dalam talian yang semakin
berleluasa, termasuk usaha pemantauan, penguatkuasaan
undang-undang dan kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan
Internet serta platform digital.katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, MCMC juga melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platform media sosial bagi membuka peluang kerjasama di antara penyedia platform dan pihak penguatkuasaan.
MEMAHAMI KONTEKS TEMPATAN
Melalui sesi ini, katanya, penyedia platform dapat memahami konteks tempatan dari segi nilai, norma masyarakat dan undang-undang yang mungkin tidak selaras dengan standard komuniti dan terma dan syarat mereka.
Fahmi menambah, usaha ini menyumbang kepada penambahbaikan kerja-kerja
penyederhanaan kandungan oleh penyedia platform dan menjadikannya lebih efisien dan berkesan. – JM
