Pembangunan Carcosa Seri Negara dijangka siap Julai 2025 – Dr Zaliha

Oleh: Sholina Osman
18 FEB. 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, bangunan warisan iaitu Carcosa Seri Negara yang kini sedang giat dijalankan pembangunan semula dijangka siap pada Julai 2025.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha untuk buat satu program khas seperti Hi-Tea untuk memperkenalkan Heritage Malaysia kepada delegasi-delegasi luar negara apabila siap nanti.

“Dengan kerjasama antara DBKL dan Khazanah Nasional menjadikan projek ini sebagai “flagship” kedua dalam pemuliharaan warisan di Kuala Lumpur,” katanya menerusi perkongsian di FB.

Dr Zaliha turun padang meninjau tapak pembangunan semula Carcosa Seri Negara sebaik selesai urusan di Parlimen.

KUALA LUMPUR CREATIVE

Beliau berkata, pembangunan semula Carcosa Seri Negara adalah sebagai sebahagian daripada Kuala Lumpur Creative and Cultural District (KLCCD).

“Bagi usaha menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan terus dihargai, selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) dan persiapan ASEAN – Malaysia 2025,” katanya.

Dr Zaliha berkata, fasa pertama adalah memulihara Carcosa Seri Negara sebagai Muzium dan Galeri Seni, manakala fasa kedua pula menyaksikan pembangunan Hotel Lindungan-Eko, menggabungkan hospitaliti bertaraf dunia dengan kelestarian alam.

“Kerajaan komited menjadikan Kuala Lumpur bukan sekadar bandaraya moden, tetapi kota beridentiti yang kaya dengan sejarah dan budaya,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *