Kerajaan pandang serius trend isu kebajikan pengamal media meningkat – Fahmi

Oleh: Sholina Osman
19 FEB. 2025

Kerajaan MADANI memandang serius trend peningkatan isu melibatkan kebajikan pengamal media di negara ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, setiap majikan serta syarikat perlu bertanggungjawab terhadap kakitangan mereka, sepertimana termaktub dalam kontrak pekerjaan agar tidak berlaku sebarang pengabaian.

Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi komited bertindak sebagai pemudah cara dan perantara untuk membantu pihak yang terkesan

“Sekali gus, mencari penyelesaian jangka panjang bagi membela nasib pengamal media serta melindungi industri berkenaan,” katanya menerusi hantaran di FB.

WAKIL ORGANISASI MEDIA

Sebelum itu Fahmi mengadakan pertemuan dengan beberapa pengamal dan wakil organisasi media bagi membincangkan isu kebajikan pekerja.

“Sejak beberapa bulan lalu, saya menerima laporan daripada petugas media bahawa majikan gagal membayar gaji mereka, serta mengabaikan caruman seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.

Selain itu, kata Fahmi ada juga yang telah kehilangan punca pendapatan dan masih tidak mendapat sebarang tawaran pekerjaan sehingga kini.

Jelas Fahmi, Insya-Allah sesi libat urus berkala akan diadakan demi manfaat kedua-dua pihak. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *