YB Nibong Tebal jadi “assabiyah” jumpa anak Cina kampung sendiri

Petikan FB Fadhlina Sidek
22 FEB. 2025

Ini gambar kedua yang mahu saya kongsikan. Ini paling dramatik.🤣

“ YB!!! Saya orang Nibong Tebal!”

Saya memang tidak boleh dengar Nibong Tebal. Terus jadi “ assabiyah” sekejap.🤣🤣🤣🤣 Terus peluk ketat-ketat. Gembira sungguh dengar anak Cina dari Nibong Tebal.

“ Nibong Tebal kat mana?” Tanya saya.
“ Hehehehe…kampung je YB. Sekarang tinggal di Johor. Tapi saya nak sebut juga Nibong Tebal. Sebab YB dari Nibong Tebal. I’m part of Nibong Tebal.”

Tudia.

Dari Johor dia tetap pusing untuk menjadi Nibong Tebal. 🤣

Anak ini bersama beberapa pasukan lain akan diterbangkan ke US untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan STEM di peringkat antarabangsa.

Anak ini tahu “soft spot” saya. Sebaik sahaja dia menyebut Nibong Tebal, dia sudah berada dalam rangkulan penuh Ahli Parlimen Nibong Tebal untuk diberikan perhatian.

Selamat berkelana anaknda! Membawa nama negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia! Nama Nibong Tebal juga saya boleh tumpang🤭 – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *