Fahmi sumbang RM40,00 untuk diagihkan kepada surau Parlimen Lembah Pantai

23 FEB. 2025

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberikan sumbangan sebanyak RM40,000 untuk diagihkan ke surau-surau di bawah Parlimen Lembah Pantai bagi menyemarakkan aktiviti sepanjang bulan Ramadan.

Sumbangan ini berbentuk wang tunai iaitu RM1,000 untuk setiap surau yang kesemuanya berjumlah 40 buah di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Menerusi perkongsian di FB, Fahmi berkata, sumbangan kepada setiap surau ini adalah untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh sempena ketibaan Ramadan 1447H.

“Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun yang sebelumnya,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *