Pertumbuhan pesat ekonomi Vietnam beri pengajaran, inspirasi kepada Malaysia – PMX

Oleh: Sholina Osman

Foto FB Anwar Ibrahim

26 FEB. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap pertumbuhan pesat ekonomi Vietnam di mana ia banyak memberikan pengajaran dan inspirasi kepada Malaysia.

“Kita boleh belajar daripada kejayaan Vietnam dalam meneroka teknologi baharu dan sektor tenaga yang mampan,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di FB.

Perdana Menteri telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, To Lam sebaik tiba di Hanoi.

“Saya seterusnya menyampaikan penghargaan atas dukungan Vietnam terhadap kepimpinan Malaysia yang kini mengetuai ASEAN,” katanya.

ASEAN KEKAL KUAT

Jelas Perdana Menteri, dukungan
berterusan daripada Vietnam amat penting bagi memastikan ASEAN kekal kuat dan berjaya dalam mencapai matlamatnya.

Hubungan strategik antara Malaysia dan Vietnam tentunya telah menjadi keutamaan negara, terutamanya selepas lawatan terakhir To Lam ke Malaysia.

“Kami mencapai persetujuan dalam aspek perkongsian maklumat perisikan serta kerjasama ketenteraan, yakni satu langkah penting dalam memastikan kestabilan dan keselamatan serantau,” katanya.

Dalam isu penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN, Anwar menghargai garapan Vietnam terhadap sejarah negara itu dan mendukung sepenuhnya akses mereka ke dalam ASEAN.

Justeru, hubungan erat antara Malaysia dan Vietnam akan terus diperkukuh demi kemajuan dan kestabilan di rantau ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *