PMX yakin hubungan Malaysia-Timor Leste semakin cerah dan penuh harapan

Oleh: Sholina Osman
Foto FB Anwar Ibrahim
26 FEB. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin masa depan hubungan Malaysia-Timor Leste ternyata semakin cerah dan penuh harapan.

Beliau berkata, ini berikutan lebih 200 syarikat Malaysia kini beroperasi di Timor Leste dan kerjasama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET) serta biasiswa pendidikan.

“Sementalahan, penerbangan terus ke Dili yang bakal diluncurkan kelak akan mengeratkan hubungan rakyat kedua-dua negara, memudahkan perniagaan, pelancongan, dan pendidikan,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

DALAM LAWATAN KERJA

Perdana Menteri berkesempatan bertemu Presiden Republik Demokratik Timor Leste, José Ramos-Horta dalam lawatan kerja ke Hanoi, Republik Sosialis Vietnam, pada 25 dan 26 Februari 2025.

Beliau berkata, dari pembangunan infrastruktur, industri halal, pendidikan tinggi, hingga perdagangan, kedua-dua negara terus berusaha meningkatkan peluang ekonomi dan kemakmuran bersama.

Malaysia komited untuk membantu Timor Leste dalam proses keahlian penuh ke dalam ASEAN, dan akan memastikan penyertaan mereka berjalan dengan lancar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *