





Petikan FB MCMC
27 FEB. 2025
MCMC, melalui Sektor Pembangunan Industri (IDS) dan Bahagian Masyarakat dan Keterangkuman Masa Depan (CFID) telah melaksanakan Cashless @ Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Dato Ahmad Said, Perak pada 22 Februari 2025.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan meningkatkan keyakinan penggunaan bayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan seperti E-Sport Championship, cabutan bertuah, aktiviti memanah, Jualan Rahmah, serta jualan oleh para usahawan NADI.
DIPILIH SEBAGAI PERINTIS
Sebanyak 27 NADI di Perak dipilih sebagai perintis pada suku pertama tahun ini.
Inisiatif Cashless @ NADI Perak telah dimulakan di NADI FELDA Nenering pada 12 Februari 2025, menandakan permulaan usaha memperluaskan penggunaan pembayaran tanpa tunai.
Antara rakan strategik yang terlibat dalam program ini termasuk Setel, Touch ‘n Go Digital, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, dan TM Unifi. – JM
