Seorang lelaki ditahan gagal hadir mahkamah kes muat naik kandungan palsu

Oleh: Sholina Osman
27 FEB. 2025

Seorang lelaki telah ditahan selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja.

Kesalahan tersebut dibuat menerusi laman aplikasi Facebook miliknya.

Kenyatan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan tangkapan ke atas suspek pada pukul 11 malam 24 Februari 2025 dilaksanakan oleh MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang.

KE SEBUTAN KES

Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah tersebut pada 24 Februari 2025.

Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat.

Dia akan didakwa di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *