Dr Wan Azizah rasmi Karnival Wanita Madani 2025

27 FEB. 2025

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH MALAYSIA), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan Karnival Wanita Madani 2025 anjuran Majlis Wanita Islam YADIM (MAWIM) di Putrajaya.

Karnival yang dijayakan oleh YADIM ini mendapat kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan KASIH
MALAYSIA.

BERTUJUAN MEMBENTUK WANITA

Ia bertemakan ‘Wanita Madani: Tonggak Keunggulan Keluarga dan Pencetus Generasi Gemilang’ ini bertujuan membentuk wanita yang berdaya saing daripada segi ekonomi, sosial, pendidikan dan kesihatan dalam usaha melahirkan masyarakat yang harmoni dan progresif.

Turur hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar; Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan Pengerusi MAWIM, Profesor Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain.

“Syabas dan tahniah saya ucapakan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang cukup bermanfaat pada hari ini,” kata Isteri Perdana Menteri menerusi hantaran di FB.

Dr Wan Azizah berharap, segala usaha ini diberkati dan dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *