Telur masak kicap antara lauk digemari Fadhlina masa sahur

Petikan FB Fadhlina Sidek
2 MAC 2025

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur ( dieja suhur dengan baris dhammah) itu terdapat keberkatan”.

Awal-awal sahur ini, tiadalah lauk yang lebih menyelerakan saya melainkan telur masak kicap, sardin tumis ( kuah banyak cair sikit) , budu dengan ikan rebus ramas dan ikan masin ( bawang dan cili kering banyak). Namun keberkatan suhur itu bukan sahaja pada makanannya tetapi perbuatan dan niatnya.

Seperti ibu-ibu lain, saya juga mempunyai dua orang anak kecil yang masih belajar berpuasa. Menyuap mereka makan terasa sangat panjang. Dalam sejam menyuap, baru 3 mulut seorang. Tahu-tahu sudah azan Subuh. Masalahnya ketika sahur itulah permintaan mereka, mak yang suapkan.

TELAH TERMINUM AIR

1 Ramadan, belum sampai tengahari, seorang anak telah terminum air kosong sejuk. Ketika nikmat air kosong sejuk selesai membasahi tekaknya, baharulah dia teringat yang dia berpuasa. Tidak henti anak ini beristighfar, “ Ya Allah maafkan saya Ya Allah.. saya terlupa.. maafkan saya Ya Allah.”

Lucu ada. Kesian pun ada. 🤣😅

Tetapi sebagai ibu bapa kita harus segera menyokong kembali anak-anak kita. Bahawa perbuatan tidak sengaja dan terlupa itu, dimaafkan oleh syariat.

Maka yang seorang lagi pun ingin menyumbang kepada episod Ramadan, “ My energy is stil high, i think ini can finish my puasa till noon”. Masih terlalu awal untuk drama “ till noon”, kita doakan dan beri semangat terus sehingga waktu yang dia boleh bertahan!

Begitulah kisah tidak sampai separuh Ramadan pertama. Ibu-bapa jangan lupa pastikan anak-anak mendapat bekalan air secukupnya.

Jangan lupa berdoa untuk keluarga setiap kali menyediakan juadah sahur dan berbuka.

KELAM KABUT MENGURUS

Masa yang ada ditolak dengan uzur syarie serta kelam kabut mengurus keluarga dan juadah, pastikan diisi dengan zikir, tadarus Al-Quran, tahajud dan tarawih.

Tidak mengapa jika tidak dapat ikut suami ke Masjid/ Surau. Kita laksanakan ibadat di rumah dengan bersungguh-sungguh! Buat ibu yang mengandung dan menyusukan anak kecil, ada keringanan dalam ibadat ini. Jaga diri elok-elok! Peluk sikit🩵🩵🩵

Untungnya Ramadan ini, setiap kebaikan, pahalanya berganda-ganda! Begitu juga dengan amal jariah, maka “Fastabiqul khairat”!!!

Allahumma Innaka afuwan kareem tuhibbul afwa fa’ fuanna. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *