Surau MCMC di Cyberjaya kini dibenar solat Jumaat

Oleh: Sholina Osman
2 MAC 2025

Surau An-Nur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya, telah diberikan kebenaran untuk mengadakan Solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bermula 21 Februari 2025.

Mengikut hantaran MCMC di FB, bagi memberikan kemudahan dan ruang ibadah yang lebih selesa kepada kakitangan serta jemaah sekitar.

Pada 28 Februari 2025, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Fauzi Md Isa dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din hadir ke program Ihya Ramadan di surau berkenaan.

MENYAMBUT BULAN RAMADAN

“Program ini bukan sahaja sebagai persiapan untuk menyambut bulan Ramadan,” katanya.

Selain itu ia juga mengukuhkan nilai kebersamaan dan penghayatan ibadah dalam kalangan warga MCMC dan warga sekitarnya.

Semoga keberkatan Ramadan terus menyinari MCMC dan seluruh warga sekitar, serta menjadikan Surau An-Nur sebagai pusat ibadah yang bermanfaat untuk semua. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *