PMX berkunjung ke MOSTI

Oleh: Sholina Osman
6 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Kementerian Teknologi Dan Inovasi (MOSTI).

Beliau bertemu dengan pengurusan tertinggi sambil bertukar pandangan terkait polisi kerajaan dan isu semasa.

Perdana Menteri juga turut menyertai tazkirah sempena program Ihya’ Ramadan disampaikan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat Universiti Selangor (UNISEL), Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Nazir Mohammed Khalid bertajuk ‘Ramadan Bulan Al-Quran’.

“Moga program seumpama ini terus menyuntik budaya membaca termasuk Al-Quran dalam membentuk masyarakat berilmu di kalangan warga kerja dan mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT,” kata Perdana Menteri menerusi perkongsian di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *