

6 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) yang pertama untuk tahun 2025.
Beliau berkata, MTMM merupakan forum tertinggi bertujuan untuk menetapkan dasar dan halatuju pelaksanaan selain menimbang dan membuat keputusan dasar mengenai isu-isu pelaksanaan Agenda Malaysia MADANI.
“Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama ahli Majlis berkenaan pengukuhan dan penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan MADANI, yang menitikberatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya pada hantaran di FB.
USUL DAN KEPUTUSAN
Perdana Menteri berkata, usul dan keputusan yang dibuat di peringkat Majlis ini akan disusuli oleh gerak kerja di peringkat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.
“Saya percaya, koordinasi yang tersusun dalam kalangan agensi Kerajaan akan memastikan matlamat yang disasarkan akan tercapai dan mendatangkan hasil dengan lebih efisien,” ujarnya lagi. – JM
