Fadhlina hadir Jaulah Ramadan KPM 2025 peringkat Kelantan

Petikan FB Fadhlina
10 MAC

Pada Ahad telah berlangsung acara Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan (KPM) Tahun 2025 Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lil Banat dan Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

Program ini adalah inisiatif KPM meningkatkan penghayatan bulan Ramadan dan syiar Islam.

Ia dilakukan menerusi penganjuran aktiviti seperti taddabur Hadis 40 Imam Nawawi, taddabur Al-Quran, solat Maghrib, Isya dan Subuh berjemaah dan solat Tarawih berjemaah.

KEMBALI KE SEKOLAH

Turut diadakan dalam acara Jaulah Ramadan ini adalah ziarah cakna ke atas warga pendidikan yang diuji dengan masalah kesihatan, pemberian sumbangan kembali ke sekolah, pemberian peranti digital dan sumbangan kepada murid miskin.

Acara pemberian bubur lambuk turut diadakan untuk merapatkan ukhwah dalam kalangan warga pendidikan dan masyarakat.

Pada tahun ini, rakan strategik Yayasan Didik Negara (YDN) iaitu Nestlé Malaysia telah berbesar hati untuk bersama-sama menjayakan program Jaulah Ramadan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *