



Petikan FB Fadhlina Sidek
10 MAC 2025
Maqam tertinggi dalam pendidikan adalah cinta. Selain idealisme yang didukung, cinta dan kasih sayanglah yang menjalinkan kita sebagai satu pasukan untuk membangunkan pendidikan negara.
Sempena Jaulah Ramadan Perdana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kota Bharu, Kelantan, saya bersama pengurusan tertinggi KPM menziarahi cikgu Fazilah Yamat dan cikgu Syalwani Yusuf (dan juga suaminya), yang kini diuji dengan keuzuran.
Selain menyampaikan sumbangan, kami mendoakan mereka agar diberi ketabahan dan kekuatan untuk mengharungi segala-galanya. – JM
