
Oleh: Sholina Osman
10 MAC 2025
Kementerian Luar Negeri meminta semua rakyat Malaysia untuk menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani buat masa ini.
Ini kerana pihak Kementerian melalui
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, sedang memantau rapat situasi di tiga wilayah berkenaan susulan beberapa insiden keselamatan baru-baru ini.
Kenyataan media Wisma Putra memaklumkan bahawa ia mengambil kira perkembangan terbaharu ini.
MENGAMBIL LANGKAH BERHATI-HATI
“Warganegara Malaysia yang akan dan sedang berada di ketiga-tiga wilayah tersebut adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada,” kata kenyataan itu lagi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, rakyat Malaysia yang berada di wilayah berkenaan adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Sekiranya berlaku kecemasan, rakyat Malaysia boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla melalui butiran di bawah:
Alamat: No. 4, Sukhum Road
Muang District Songkhla Province
Nombor telefon: +6674 311 062; +6674 316 274;+6693 657 0707 (kecemasan sahaja)
E-mel: mwsongkhla@kin.gov.my
Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – JM
