Jaga hati rakyat seperti jaga nyawa sendiri – Fadhlina

Petikan FB Fadhlina Sidek
18 MAC 2025

Hujung minggu di Nibong Tebal dipenuhi dengan ziarah rakyat sempena Ramadan. Menjaga rakyat adalah seperti menjaga nyawa sendiri.

Setiap keperluan mereka mesti diberikan perhatian.

Kebetulan ketika ziarah ini, pejuang-pejuang KEADILAN khususnya yang keuzuran, masih menjadi keutamaan pasukan kami.

Alhamdulillah, sedaya upaya saya pastikan setiap tahun saya akan mengulangi menziarahi mereka pada tahun berikutnya.

ADALAH KEUTAMAAN SAYA

Rakyat Nibong Tebal adalah keutamaan saya.

Tanpa mereka, tidak mungkin saya diangkat ke posisi hari ini.

Semoga Allah SWT terus memberikan kekuatan kepada saya dan pasukan untuk terus berkhidmat kepada rakyat Nibong Tebal yang amat saya kasihi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *