Jangan lupa undi, banyak kempen saya terlibat – Fadhlina

Petikan FB Fadhlina Sidek
18 MAC 2025

Ada ni ha! Tengah berkempen! Ada banyak kempen saya akan terlibat. Jangan lupa undi!
🩵😄

Tetapi kempen bukan sebarang kempen! Kempen untuk meletakkan Malaysia di persada dunia!

Saya sudah memulakan kempen sebagai calon yang akan merebut kerusi Executive Board UNESCO.

Dalam siri kempen peringkat antarabangsa ini, saya akan terlibat penuh dalam semua agenda mempromosikan warisan Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO.

Sebab kita “oghang Penang” kan, maka kempen dimulakan nun di atas Bukit Bendera yang kaya dengan biodiversiti kebanggaan negara.

BATIK DAN KEBAYA

Saya juga akan mempromosikan Batik dan Kebaya kerana ia adalah “ signature” Malaysia dan akan menjadi pakaian rasmi saya sepanjang berkempen untuk memenangi kerusi Executive Board ini.

Sedikit sahaja nota kaki saya untuk kempen ini. Pertama, jangan pernah takut dengan dunia luar. Keberanian itu akan dipertaruhkan hanya dengan keyakinan bahawa kita sudah mencapai satu tahap yang boleh menyebabkan kita pergi jauh. Jangan pernah ragu dengan kemampuan diri kita.

Kedua, perempuan selamanya adalah watak pendidik. Jangan undur walaupun sentiasa akan ada sahaja yang mempertikaikan tugas tradisi dan keupayaan kita.

Membawa nama Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke persada dunia!

Mendunia! 🇲🇾 – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *