







18 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri di Tampin.
Kesempatan ini beliau gunakan sebaik selesai mesyuarat pembangunan bersama barisan kepemimpinan Kerajaan Negeri Sembilan.
“Di sini, saya dapat bertemu dan menyantuni pemimpin masyarakat serta warga setempat, selain menunaikan solat Maghrib berjemaah,” katanya dalam hantaran di FB.
Kata Perdana Menteri, Madrasah Ramadan ini mengingatkan kita untuk terus memperkukuh nilai integriti dan fokus pada amanah membangun negara dengan sebaiknya. – JM
