




Oleh: Sholina Osman
18 MAC 2025
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha berterusan akan terus dipergiat bagi memperkukuhkan lagi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata, ianya upaya jabatan ini sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang cabaran keselamatan.
“Jabatan KDNKA PDRM berperanan penting khususnya dalam menjaga keselamatan dalam negeri dan memelihara kenteteraman awam,” katanya dalam perkongsian di FB.
BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI
Sebelum itu, Saifuddin mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pengurusan tertinggi Jabatan KDNKA.
Justeru itu katanya, mesyuarat pada hari ini bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan tugas serta memperkukuhkan koordinasi pasukan.
Saifuddin menghargai jabatan ini kerana sudi berkongsi pandangan serta komitmen yang diberikan dalam memastikan keselamatan rakyat dan negara sentiasa menjadi keutamaan. – JM
