Fahmi hadir majlis Khatam Al-Quran, sumbangan Nur Ramadan di Pantai Dalam

18 MAC 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hadir pada majlis Khatam Al-Quran anjuran DinarKL serta Program Sumbangan Nur Ramadan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Masjid Al-Ikhlasiah, Pantai Dalam.

Majlis Khatam Al-Quran ini turut dianjurkan oleh Wanita Lembah Pantai, melibatkan kelas-kelas pengajian dari Apartment Putra Ria, PPR Sri Pantai, dan PPR Kerinchi.

SEKITAR LEMBAH PANTAI

Serentak dengan itu, DBKL juga menyampaikan sumbangan kepada 300 penerima dari komuniti sekitar Lembah Pantai melalui inisiatif Nur Ramadan.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang dalam menjayakan majlis ini,” kata Fahmi dalam perkongsian di FB.

Beliau berharap semoga usaha ini terus mengimarahkan masjid serta memperkukuh silaturahim dalam komuniti. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *