






19 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak menjadikan masjid sebagai wahana menyebar kebencian dan menanam bibit prasangka.
Beliau berkata, umat Islam harus menolak perbuat sebegini yang semakin menular dan keterlaluan dan ia sama sekali tidak boleh dibiarkan.
“Teruskan usaha untuk menyemarak serta mengimarah masjid-masjid, dan betapa institusi masjid ini penting dalam aspek pembangunan dan pemberdayaan umat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti ilmiah,” katanya ketika berucap merasmikan Masjid Jamek Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Anwar berkata, pembinaan masjid ini menandakan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperteguh dan memperkasa syiar Islam di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia keseluruhannya.
Beliau juga bersetuju untuk memberikan sumbangan RM100,000 kepada masjid ini untuk digunakan sebagai pusat aktiviti keagamaan dan pembangunan insaniah anak-anak kariah di kawasan ini. – JM
